Blogger Layouts

kj

Followers

Thursday, October 28, 2010

Adab Memotong Kuku

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun  kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.



RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "  
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima 
  musibah. 
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Wednesday, October 27, 2010

Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan   setiap ciptaan itu   mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal   manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan   mengembalikan   kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula   boleh: 
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat   asalnya. 
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
- melegakan sakit hernia. (burut) 
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
- melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan 
lingkungan bahagian belakang tubuh. 
- meringankan bahagian pelvis. 
- memberi dorongan supaya mudah tidur. 
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan 
sujud dan bangun daripada sujud. 
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara 
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah 
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit   buah dada. 
- mengurangkan kegemukan.   
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah 
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang   perut   (convulsions) . 
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan   oksigen. 
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke 
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan   sebagainya.   

ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan   mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Monday, October 25, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala 
dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin  
  (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc)   dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas 
  ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak  baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. 
Haram bagi   suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti 
  gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada   lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya   dosa-dosa yang  ditanggung (ikut kajian laa..) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi 
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya Bukankah ibu  adalah seorang wanita 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala 
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid 
  kecil. Manakala   dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 


Di akhirat kelak, 
seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4   
wanita :   
1. ibunya 

2. isterinya 

3.anak perempuannya 
  dan 
4. saudara perempuannya. 


Manakala 
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini 
: 
1. suaminya, 
2. ayahnya,   
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya 


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 
4 syarat sahaja 

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3.  taat  suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya 


Seorang lelaki perlu 
pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki 
tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia 
 berperi-peri memberikan   alasan untuk membela diri "  

Friday, October 22, 2010

Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?