Bermula diy aku untuk majlis bulan 12 nanti...Gigih aku buat benda nie....Buat cikit2 tapi penat juga nak menghabiskan 150pcs bunga telur nie..huhuhu...maklumla takde assistant...nak harapkan adik lelaki..kang jadi lain bunga telur aku....Pada korang yang nak tahu cara nak diy bunga telur nie...boleh tengok dibawah nie...Mudah-mudahan boleh jadi guide korang..Sorryla klo ayat tunggang langgang sebab aku nie tak pandai nak explain bile nak ajar nie...hehehe
1. Sediakan peralatan seperti gam, reben organza, pita pelekat, crepe paper, teddy bear, kain net, lidi dan dawai
2. Ikatkan/Gamkan teddy bear pada lidi
3. Potong crepe paper dalam bentuk segiempat tepat..ikut ukuran yang korang kehendaki...
4. Susun crepe paper
5. Letakkan crepe paper di sekeliling teddy bear..
6. Ikatkan crepe paper dengan dawai supaya tidak tercabut...
7. Potong reben organza ikut panjang yang korang nak & ikatkan di tengah2 reben menggunakan dawai
8. Ambil 3 reben yang telah diikat tadi & kelilingkan pada teddy bear tadi
9. Lilitkan sebahagian pita pelekat supaya reben tersebut terletak ditempatnya..Jangan potong pita pelekat tadi...
10. Ikatkan kain net
11. Letakkan 1 reben di tempat net tadi...
12. Sambung lilitkan pita pelekat tadi sehingga habis...Siap
Nilah hasil tangan diy bunga telur teddy bear yang aku buat...walaupun tak kreatif tapi puas ati dengan hasil kerja tangan sendiri...tak secantik orang yang dah expert buat...lepas nie boleh buat bisnes kecil-kecilan di rumah...huhuhu....
Bunga telur biru & pink nie...bunga telur untuk bertandang nanti...aku buat 50pcs je...
Then yang ini...biru & purple...untuk majlis aku..100pcs...
Harap2 bunga telur nie still ada masa majlis berlangsung...Maklumla ramai sepupu yang masih kecik..Pantang tengok bear cute nie..aku pun sebenarnya nak simpan gak buat kenangan...huhuhu...comel tue...
Tunggu kerja tangan saya yang lain yer...