Blogger Layouts

kj

Followers

Thursday, October 21, 2010

MeL@R@M...

Ni adik aku yang suka melarammm....macam-macam fesyen die try....kalo ada duit pantang ajer...ada aje benda yang nak dibeli....family panggil die nie..."MAK DATIN"...kalo nak wat baju die memang susah...die nak design dulu baju die...baru leh wat...tapi bile dah siap...dok pakai baju kakaknya...nasib baik saiz kami lebih kurang...bulan depan die nak balik..cuti sem katakan....alamat baju-baju baru aku kena simpan tempat selamat dululah...kang ada dikebasnya bawa balik nanti...

M@L@M Su@R@ MeRDeK@

SYA...YANG TOLONG KECIKKAN BAJU...

IZA

AKU SEBELUM BUAT PERSEMBAHAN
Kejadian nie terjadi masa cuti sem seminggu pada 2007...dari takde wat pape kat kolej, aku n member gamelan yang tak balik (IZA n HONEY) wat keputusan untuk menerima cadangan jurulatih gamelan untuk membuat persembahan malam suara merdeka....tapi wat pengetahuan korang bukan main GAMELAN yang selalu kami main TETAPI kami dikehendaki bermain alat muzik yang memang kami tak pernah main iaitu CAK LEMPONG...hahaha..bile diingatkan memang nak tergelak...bayangkan pertama kali main terabur habis..tak serupa muzik..berlatih pun main-main...nak dijadikan cite kami berlatih bile masa free..boleh dikiralah bape kali jer main...disebabkan masing-masing sibuk...ada masa berlatih tak cukup korum...Sebelum membuat persembahan malam tersebut...Iza bagitahu supaya amik baju persembahan di bilik teater...tetapi memandangkan aku ada kelas sampai petang, aku minta tolong iza amikkan baju aku....huh...bile balik bilik terkejut baju besar nak mampos...kain lepas plak tu..memang takde mood masa tue...dahlah tak pandai pakai kain lepas...nasib baik ada member baik aku syafini tolong mengecilkan baju aku n ikatkan kain..hahaha...memang kelam kabut jadinya...terima kasih sya...memang best giler malam tue...PAPA ROCK wat persembahan...mesti korang kenalkan...tapi bile kami wat persembahan memang malulah..GABRA TAHAP GABAN...rasa macam nak lari jer...tapi ALHAMDULILLAH semua berjalan lancar walaupun muzik yang kami main terabur...HAHAHA.....VIDEO masa kami buat persembahan baru dapat nak di uploadkan...susah giler....

WiNDu DeNG@N R@K@N G@MeL@N














Gambar nie di ambil pada 31 Ogos 2007....Setelah penat berlatih gamelan dari pagi sampai ke petang dalam 2-3 ari...dok mengetuk alat muzik jer...ntah sedap ntah tidak...hahaha...tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan masa study di UUM...dapat gak MENCAPUB masa konvo...Owang lain sibuk nak konvo, kitaorang sibuk posing dulu...macam kitaorang je yang nak konvo...Masa ni sem terakhir untuk ko k...so dapat gak bermain untuk konvo para graduan yang akan konvo pada 2-3 September 2007...Kepada Rakan seperjuangan ke manakah kamu semua....

Wednesday, October 20, 2010

Rahsia cerdas dan doa penerang hati

Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar.

Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak d**embangkan. Otak orang dewasa mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yang d**enali sebagai 'raja ubat', membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.

Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900 tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori treler malah jet pun boleh beli. 

Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya.

Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Qur'an, menghafal 100,000 hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat. Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat, perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain.

SISTEM INGATAN MANUSIA

Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan :

(i) INGATAN JANGKA PENDEK
Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja.

(ii) INGATAN JANGKA PANJANG
Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.

Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk d**eluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.

Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat' maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang d**enali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.

Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.

OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT

Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung kepada kesihatan tubuh badan.

S@H@B@T

“Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah”
“Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama”
“Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya”
“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”
“Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya”
“Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah”
“Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya”
“Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis”
“Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya”
“Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinnya”
“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”
“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda??. Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai??”
“Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satupun yang dapat anda berikan??. Merekalah sahabat-sahabat anda”
“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka. Karena seorang sahabat bisa lebih dekat dari pada saudara sendiri”
itu sedikit dari saia...hehehe^^